Resepi Bubur Ayam Mc Donald

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

loading...

Malayadaily.com – Resepi bubur ayam Mc Donald menjadi menu sarapan sebelum suami pergi bekerja atau untuk sarapan anak-anak yang sakit. Anak-anak juga suka makan bubur ayam sebelum ke sekolah kerana ini tak terlalu mengenyangkan. Makanan ini tak saya beli dari McD, tetapi saya buat sendiri kerana penyediaannya mudah dan tak perlu masa lama di dapur. Sebelum ini saya sudah lama mencari cara masak bubur ayam yang sedap ala McD, tapi bila sudah buat macam tak seperti yang dijual. Selepas anda baca cara buat bubur ayam ini boleh buat sendiri di rumah, tak macam saya dahulu.

resepi bubur ayam mc donald

Sesetengah orang memang suka makan bubur nasi kosong, tapi kerana keluarga saya lebih suka makan bubur ayam berlauk, maka saya suka buat resepi bubur ayam McD ni. Bubur ayam mesti ramai yang cari semasa sakit demam, sebab mudah di telan. Makan bubur panas juga best kalau waktu hujan. Apabila tak ada daging, cukup dengan ikan bilis atau bubur kosong pun sudah oke. Jom tengok cara buat bubur ayam ala McD.

Resepi Bubur Ayam McD

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan beras (dibasuh)
  • 300 gm daging ayam
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 1 kuib pati ayam (dihancurkan)
  • 1 liter air
  • garam secukup rasa

Bahan garnish

  • lada merah
  • daun sup
  • daun bawang
  • bawang goreng
  • minyak bijan

Cara masak bubur ayam ala McD

  1. Letak ayam dalam periuk dan masukkan air hingga ayam tenggelam sepenuhnya.
  2. Masukkan sedikit garam dan secubit stok ayam yang sudah dihancurkan.
  3. Rebus ayam hingga empuk.
  4. Keluarkan ayam dan toskan airnya.
  5. Masukkan beras ke dalam periuk lebihan air rebusan ayam tadi dan masak hingga beras kembang.
  6. Tuang air sedikit sedikit guna api kecil.
  7. Apabila bubur sudah hampir masak, masukkan halia, garam dan kiub pati ayam.

Resepi bubur ayam McD sudah boleh dihidangkan bersama ayam rebus yang telah dicincang. Akhir sekali letakkan lada merah, daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Titiskan sedikit minyak bijan secukup rasa. Bubur ayam lebih sedap dihidangkan semasa panas dalam mangkuk besar. Nak lebih wangi dan sedap boleh ganti minyak bijan dengan minyak bawang putih.

Leave a Reply