Resepi Rendang Ayam Tok

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

loading...

MalayaDaily.comResepi Rendang Ayam Tok –  Menu masakan yang akan saya kongsikan hari ini ialah Rendang Tok. Mungkin kebanyakan orang bila mendengar rendang tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah jumpa masak rendang tok ni guna daging kambing, itik, rusa, atau ayam. Daging lembu memang biasa digunakan untuk buat rendang tok kerana ketahanannya dan teksturnya yang tak cepat hancur walaupun sudah seminggu dibandingkan guna daging lain. Tetapi buat masa sekarang ini kita sudah boleh memasak rendang tok ayam yang mungkin jarang-jarang anda tengok.

resepi rendang ayam tok

Resepi rendang ayam Tok ini tak dapat tahan lama dan tekstur daging lebih cepat hancur. Walau bagaimanapun rendang tok ayam ini tetap punya rasa yang sedap, tak kalah sedap dengan rendang tok daging. Bila tok daging kita masak sampai kuahnya kering, kalau tok ayam ini masih berkuah. Resepi ini saya dapat dari rakan saya yang jualan tok ayam setelah saya berpenat lelah mencari di google resepi rendang ayam yang ada di internet, ini yang paling best. Jom kita layan cara buat rendang ayam tok.

Resepi Rendang Ayam Tok

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam segar (dipotong 12 bahagian)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 keping asam gelugor
  • 4 keping daun kunyit (dihiris halus)
  • 6 sudu besar kerisik
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar gula putih
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar rempah daging
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu cuka
  • 2 cawan santan sawti KHALIS + 1 cawan air (boleh guna 3 cawan pati santan)
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar Basah

  • 8 sudu besar cili kering (dikisar)
  • 6 batang serai (dipotong serong)
  • 4 biji bawang besar (dipotong kecil)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • air secukupnya

Bahan Rempah

  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk rempah masak hitam
  • 1 sudu besar serbuk garam masala
  • air secukupnya

Cara masak rendang ayam tok

  1. Lumurkan potongan ayam dengan tepung gandum dan cuka, biarkan selama 2 minit, basuh dan toskan.
  2. Perap ayam bersama rempah daging dan serbuk kunyit selama 20 minit.
  3. Goreng ayam 1/2 masak, angkat dan toskan.
  4. Blend semua bahan kisar basah hingga semua bahan lumat.
  5. Satukan semua bahan rempah dan bancuh dengan sedikit air hingga menjadi pes.
  6. Selepas itu, panaskan minyak secukupnya dan tumis serai hingga layu sedikit.
  7. Masukkan bahan kisar dan kacau rata.
  8. Masukkan bahan rempah dan kacau hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  9. Tuang santan dan masak hingga mendidih.
  10. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, kerisik, gula perang, gula putih dan garam secukup rasa. Kacau hingga rata dan sebati.
  11. Bila ayam sudah masak dan kuah agak pekat, letakkan hirisan daun kunyit dan kacau hingga sebati.
  12. Biarkan rendang merenih selama 1 minit di atas dapur sebelum tutup api.

Resepi rendang ayam tok sudah siap untuk dihidangkan. Satu petua akhir, untuk menghasilkan rasa rendang yang sedap ialah penggunaan santan yang mencukupi. Diatas saya guna santan sawit KHALIS kerana pekat dan lebih ekonomik. Ia juga rendah kolestrol dan baik untuk kesihatan.

Leave a Reply