Resepi Biskut Cornflakes Rangup dan Crunchy

MalayaDaily.com – Hari ini saya ingin kongsikan resepi biskut cornflakes yang sedap. Tekstur biskut ini rangup dan crunchy di luar dan sedikit lembut di dalam. Saya buat biskut ini semasa nak dekat hari raya. Anda yang sekarang tengah mencari idea biskut apa yang akan anda sajikan untuk tetamu pada hari raya kali ini boleh cuba resepi cornflakes ini. Anak-anak dan tetamu memang suka sangat makan biskut raya ini.

resepi biskut cornflakes

Biskut cornflakes memang menjadi biskut wajib yang dibuat setiap kali hari raya. Tetapi saya tak berapa gemar makan biskut. Hanya sahaja bila sudah mendekati hari raya, anak-anak yang semangat meminta saya membuat biskut cornflakes. Masa tak raya pun biskut ini masih boleh dimakan pada hari-hari biasa. Anak-anak biasanya suka mengunyah biskut ini semasa belajar dan nonton tv. Jom kita tengok cara buat biskut cornflakes dibawah ini.

Resepi Biskut Cornflakes

Bahan-bahan

  • 125 gm butter (boleh ganti twin cows)
  • 150 gm tepung naik sendiri
  • 1 cawan cornflakes
  • 1/3 cawan nestum
  • 1/3 cawan gula kaster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/4 mixfruit (boleh ganti choco chip)

Cara buat biskut cornflakes

  1. Letakkan cornflakes dalam bekas dan ramas hingga hancur sedikit.
  2. Satukan butter dan gula dalam bekas lain dan kacau sampai berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanila, kacau hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan kacau semula hingga sebati.
  5. Masukkan cornflakes, nestum dan mixfruit, kacau asal rata.
  6. Adunan sudah siap, biarkan selama 15 minit.
  7. Ambil satu sudu kecil adunan dan letak diatas loyang yang telah digris butter.
  8. Beri jarak tiap adunan.
  9. Bakar biskut selama 12-15 minit dengan suhu 180 C guna api atas bawah (sila sesuaikan dengan suhu oven masing-masing).

Resepi biskut cornflakes sudah siap dihidangkan untuk keluarga. Tidak ada salahnya jika anda menyediakan biskut ini ketika hari raya tiba. Teksturnya yang rangup dan crunchy membuat ia sangat sesuai untuk kudapan tetamu di rumah. Sampai jumpa di resepi selanjutnya, nanti akan saya kongsikan cara buat cornflakes madu yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

Leave a Comment