Resepi Biskut Nestum Rangup Sukatan Cawan

MalayaDaily.com – Hari ini saya akan kongsikan resepi biskut nestum yang menjadi kesukaan anak-anak dan tetamu di hari raya. Biskut nestum adalah hidangan yang wajib tersenarai di list resepi menjelang hari raya tiba. Masa hari raya tiba memang ramai orang yang cari biskut raya. Ada yang sudah mula merancang hidangan apa untuk menyambut tetamu berkunjung ke rumah, tapi pasti ada yang belum terfikir nak selitkan biskut apa nanti. Bila tak ada idea nak buat biskut apa di rumah menyambut hari raya, sila cuba resepi biskut nestum yang rangup dan sedap ini.

resepi biskut nestum

Sudah lama sebenarnya saya simpan resepi ini, akhirnya terbuat juga disini. Saya memang tak berapa suka makan biskut raya, tapi anak-anak memang suka. Biskut nestum ini memang sangat sedap, manisnya sedang sedang sahaja dan bola sudah makan sebiji pasti akan makan lagi dan lagi. Adalah beberapa resepi biskut nestum yang menjadi kegemaran anak-anak dan tetamu, dan saya akan kongsikan yang paling sedap di bawah ini. Jom kita layan cara buatnya.

Resepi Biskut Nestum

Bahan A

  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan bijiran nestum original
  • 1 cawan bijiran nestum original (dikisar halus)
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik (diayak)

Bahan B

  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur grade A

Bahan C (hiasan)

  • bijiran nestum secukupnya
  • hirisan kecil buah ceri

Cara membuat biskut nestum

  1. Masukkan tepung gandum, bijiran nestum dan serbuk penaik pada bahan A ke dalam bekas dan ketepikan.
  2. Masukkan butter dalam mangkuk pengaduk dan pukul dengan gula hingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan telur dan esen vanilla, pukul semula hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan bahan A yang telah disatukan tadi ke dalam adunan.
  5. Uli hingga membentuk adunan doh yang lembut.
  6. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan dalam freezer selama 30 minit.
  7. Keluarkan adunan dan bentuk bulat-bulat hingga seperti bebola.
  8. Golekkan bebola ke dalam pinggan yang berisi bijiran nestum (bahan C).
  9. Lapir kertas kalis minyak di atas dulang pembakar dan susun bebola.
  10. Ambil hirisan ceri dan tekankan di tengah bebola.
  11. Masukkan biskut dalam oven selama 25 minit dengan suhu 175 C.
  12. Bila sudah masak, sejukan biskut sebelum disimpan dan disajikan.

Itulah cara membuat resepi biskut nestum yang rangup dan sedap. Ada orang yang tak perlu rehatkan doh dalam peti ais, tapi saya selalu rehatkan dahulu supaya doh menjadi lebih senang diuli. Tak mengapa jika doh agak melekit pada mulanya sebelum direhatkan.

Leave a Comment