Resepi Biskut Semperit Gebu dan Rangup

MalayaDaily.comResepi Biskut Semperit – Kuih semperit memang menjadi kegemaran para tetapi semasa hari raya dan selalu turut masuk senarai biskut raya di atas meja saban tahun. Biskut ini ramai diminati dari dulu hingga sekarang kerana ia mudah dibuat. Biskut semperit mempunyai bentuk macam bunga dahlia dengan hiasan irisan buah kering di atasnya. Ramai yang sudah mengubah biskut semperit yang biasa menjadi lebih bervariasi, seperti semperit susu tepung nespray ataupun bentuknya dibuat macam kelopak bunga lain. Semua boleh asalkan rasanya sedap.

resepi biskut semperit susu

Bila anda nak cuba buat resepi semperit yang gebu, boleh guna dua cara dengan sukatan cawan ataupun gram. Disini saya mengikut gram supaya rasa biskut sedap dan tepat. Saya tak guna sukatan cawan kerana saya biasa guna sukatan gram. Bila anda sudah expert boleh cuba ganti sukatan cawan. Ramai orang yang telah berpuas hati dengan resepi ini dan berjaya membuatnya. Jom kita tengok cara buat biskut semperit susu dibawah ini.

Resepi Biskut Semperit Susu

Bahan-bahan

  • 250 gm buttercup
  • 500 gm tepung jagung
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • hirisan ceri (boleh guna coklat chip)

Cara buat biskut semperit

  1. Satukan buttercup dan tepung jagung dalam bekas.
  2. Ramas-ramas adunan menggunakan tangan yang sudah pakai sarung tangan plastik hingga semua bahan sebati hancur bercampur elok.
  3. Masukkan susu pekat manis sedikit demi sedikit hingga habis sambil gaul adunan hingga menjadi doh.
  4. Uli adunan hingga tak melekat di tangan.
  5. Griskan marjerin di loyang supaya tak melekat.
  6. Masukkan adunan dalam piping bag dan guna nozzle 12 mata supaya kelopak bunga terlihat cantik.
  7. Susun biskut diatas loyang, tambahkan hirisan ceri diatas permukaan biskut.
  8. Panaskan terlebih dahulu oven selama 10 minit sebelum biskut dimasukkan.
  9. Masukkan loyang dan bakar dengan suhu 140 C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.

Itu sahaja cara buat resepi biskut semperit yang gebu dan rangup. Kalau anda ragu nak tahu biskut yang dibakar sudah masak atau belum, cuba tolak sedikit biskut dengan garfu. Bila bergerak dan tak melekat pada loyang, maknanya biskut sudah masak.

Leave a Comment