Resepi Puding Jagung Kastard

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

loading...

MalayaDaily.com – Hari ini saya nak cuba buat resepi puding jagung kastard. Ia berbeza daripada resepi aslinya kerana saya tak guna koktail. Rasa jagung ini dah manis, saya rasa tak perlu letak buah buahan lagi boleh hilang keenakan rasa manis jagungnya. Saya teringat pada zaman dahulu bila nak makan puding kena tunggu rumah jiran ada buat tahlil dan yasin. Kuih ini menjadi satu tradisi yang meninggalkan kenangan manis pada saya.

resepi puding jagung kastard

Puding jagung kastard sedap dimakan semasa sejuk sejuk. Anda boleh makan sambil lepak lepak di hujung minggu. Makan puding jagung rasa manis, lemak dan sedap sangat buat lidah berliur sewaktu menulis resepi ini. Puding jagung yang pekat dan berkilat menandakan anda telah berjaya membuatnya. Hati pun boleh tersenyum puas selepas mencubanya sendiri. Saya dulu entah berapa kali mencuba membuat puding jagung ini tapi entah kenapa tak menjadi. Tapi sekarang boleh cuba rasa sendiri. Jom kita layan resepinya.

Resepi Puding Jagung Kastard

Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin jagung manis
  • 1 tin air
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna kuning (jika perlu)

Bahan 2

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 1/2 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 3 cawan air

Cara buat puding jagung kastard

  1. Masukkan gula dan tepung kastard dalam periuk dan kacau hingga rata.
  2. Masukkan susu cair, jagung manis dan santan dan kacaukan lagi.
  3. Masukkan sedikit garam untuk rasa lebih berlemak.
  4. Masukkan air dan kacau hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
  5. Letakkan bahan tadi di atas periuk dan panaskan guna api sangat minima.
  6. Kacau selalu perlahan lahan supaya adunan tidak berketul ketul.
  7. Masukkan sedikit pewarna kuning jika suka warna kuning menyala.
  8. Kacau hingga pekat dan berkilat supaya nampak cantik.
  9. Angkat dan tuang adunan dalam loyang (saya guna loyang bunga).
  10. Biarkan sejuk seketika dan masukkan dalam peti sejuk.

Itu sahaja cara membuat resepi puding jagung kastard yang berkilat dengan sukatan cawan. Pastikan adunan betul-betul likat pekat dan berkrim. Kalau nak buat puding jagung lebih berkilat, letak 1 sudu tepung jagung lagi tapi kena lebihkan air sikit sebab tepung jagung membuat pekat bahan adunan tadi.

Leave a Reply