Resepi Kulit Karipap Rangup dan Ringkas

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

loading...

MalayaDaily.comResepi Karipap – Karipap kulit rangup memang menjadi kriteria utama bila saya nak beli kat pasar. Adakala semasa saya beli dapat karipap rangup tapi intinya sedikit sangat, tak berbaloi dengan harganya. Lebih senang kita buat sendiri di rumah. Kali ini saya kongsikan cara buat karipap rangup daripada resepi mak saya. Bagi anda yang tinggal di Johor pasti sering makan kuih ini digelar tepung bawang.

resepi kulit karipap rangup

Dari pengamatan saya, nak buat karipap ni mudah je. Buat sekilo terus simpan dalam peti ais, bila nak makan baru goreng. Kulit karipap ini sangat rapuh tapi sedap dimakan, apalagi semasa panas-panas. Bila dah sejuk biasanya kulit dah lembik. Sebelum anda membuat karipap, sebaiknya anda telah buat inti terlebih dahulu. Saya biasa membuat karipap inti kentang, tak susah nak macam macam.

Resepi Karipap

Bahan-bahan

  • 6 biji kentang saiz besar (dipotong dadu dan toskan airnya)
  • 3 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 tangkai daun sup (dihiris halus)
  • 3 sudu besar serbuk sari
  • 3 sudu besar cili kering (dikisar)
  • 1 paket kecil kari daging (dikisar)
  • segenggam ikan bilis / udang (opsi ikut citarasa) – dikisar

Cara buat inti karipap

  1. Tumis separuh bawang besar yang telah dipotong dadu hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar dan kacau perlahan hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering kisar, serbuk sari, gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu.
  5. Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk.
  6. Tutup kuali menggunakan tudung periuk agar kentang cepat lembut.
  7. Biarkan sehingga kentang empuk dan airnya kering.
  8. Masukkan separuh bawang besar tadi bersama daun sup yang telah dihiris.
  9. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas dan biarkan ia sejuk.

Bahan Kulit Karipap

  • 500 gm tepung gandum
  • 2 sudu minyak masak (dipanaskan)
  • 1 mug air garam

Cara buat kulit karipap rangup

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas bersama minyak masak panas.
  2. Bila minyak masih panas kacau dengan sudip, bila sudah sejuk uli dengan tangan.
  3. Masukan sedikit demi sedikit air garam dan uli doh hingga tak melekit di tangan.
  4. Biarkan doh sejuk lebih kurang 15 minit.
  5. Uli semula dan bulat bulatkan doh sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.
  6. Supaya karipap tidak menggerutu, panaskan minyak dan tutup api terlebih dahulu.
  7. Masukkan karipap dan biarkan sekejap baru nyalakan semula api perlahan.
  8. Goreng seperti biasa

Itu sahaja resepi kulit karipap rangup yang boleh saya kongsi disini. Untuk mendapatkan kulit karipap yang rangup, kita kena pastikan tak berlebih menggunakan air. Penggunaan minyak masak boleh membantu memastikan kulit karipap menjadi rangup.

Leave a Reply