Resepi Spaghetti Aglio Olio

MalayaDaily.comResepi Spaghetti Aglio Olio – Siapa yang tak tahu spaghetti? Spaghetti adalah resepi klasik orang orang Itali yang sangat popular di masyarakat dunia. Selain daripada rasanya yang sedap, rasa spaghetti juga sesuai bagi lidah orang Malaysia. Masa sekarang makanan ini sudah banyak macamnya, seperti spaghetti Carbonara dan Bolognese. Tapi apakah anda pernah mencuba makan spaghetti Aglio Olio?

resepi spaghetti aglio olio

Nama resepi spaghetti Aglio Olio memang berbelit belit lidah nak menyebutnya. Tapi bila nak cuba resepi ini simple sangat. Aglio Olio adalah resepi yang menggunakan bahan utama bawang putih dan minyak zaitun. Bila dah pening kepala nak masak apa atau sudah malas nak masak, saya buat je resepi ini. Lebih lebih saya memang sangat menggemari bawang putih. Penyediaannya juga sungguh cepat, hanya mengambil anggaran masa 10 minit untuk disediakan. Resepi yang sudah saya kongsi ini boleh disediakan untuk 5-6 orang. Bila nak buat lebih, sesuaikan kuantiti bahan sahaja. Jom kita layan cara buat resepi spaghetti Aglio Olio.

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan

  • 500 gm spaghetti
  • 1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 sudu besar cili flakes
  • 3 sudu besar oregano flakes
  • 3 sudu besar parsley flakes
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 kiub patu ayam
  • 1 cawan minyak zaitun

Cara buat spaghetti Aglio Olio

  1. Rebus spaghetti hingga lembut dan toskan.
  2. Rebus seafood dalam periuk lain hingga sesetengah masak dan toskan.
  3. Tumis bawang putih menggunakan minyak zaitun hingga kekuningan.
  4. Masukkan 1 sudu air rebusan seafood ke kuali tumisan.
  5. Masukkan cili flakes, oregano flakes, parsley flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
  6. Akhir sekali, masukkan spaghetti dan seafood dan kacau hingga sekata.

Itu sahaja resepi spaghetti Aglio Olio yang simple dan sedap. Memang sedikit berminyak tapi tak perlu risau kerana minyak zaitun ini bagus untuk kesihatan. Nak taruk sayur-sayur yang bersesuaian pun boleh, suka hati korang lah. Saya biasanya guna cili kering yang di gunting gunting, kalau guna cili flakes tu macam makan kat restoren.

Leave a Comment